~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Aku... seorang hamba Allah.. yang masih mencari sinar hidayah yang datang mengubah hidupku ke arah yang lebih baik...
Keinginginan untuk menjadi ahli syurga mengajarku untuk berusaha mencari jalanNya. tapi aku hanya insan biasa... yang lemah.. yang mengikut kemahuan dan nafsu semata... yang sentiasa terpesong dan memerelukan petunjuk dariNya.
Manusia dan iman.. hmm tidak setia. iman manusia sentiasa menaik dan menurun. aku bukanlah seperti malaikat atau rasul2 yang imannya sentiasa meningkat.. aku hanya seorang manusia yang ingin merasa kemanisan iman.. diri ini masih mencuba... selangkah demi selangkah menuju ke jalanNya. tp dinoda syaitan sentiasa..
Solat. tiang agama.. telah kuusaha berkali-kali mencari khusyuk dalam solat. memahami maksud ayat2 yang kubaca. namun, lalai juga yang kutemui.. sedaya upaya tidak kumahu meniggalkan solat, namun kadang kala terlepas juga waktu subuhku.
Aurat.. masih kucuba sedaya upaya menjaganya.. menutup bahagian yang wajib. tapi, kakiku bagaikan kulupa ianya juga aurat.. tidak juga kuberstoking dikala keluar atau bersama yang bukan mahram... sangat teringin utk menjadi seperti kawan2 diluar yang bertudung labuh, mengenakan pakaian yang tidak ketat dan jarang... namun aku masih belum kuat untuk itu.. bagi rakan2 yang sudah bertudung labuh maupun yang berpurdah, tahniah! anda sangat kuat! mohon doanya moga2 Allah memberi hidayah kepada hati kecil ini untuk beubah ke arah yang lebih baik....
amalan wajib setiap hari yakni membaca kalamullah, ma'thurat, zikir2 harian, solat tahajjud, tasbih, hajat, taubat, istikharah, dhuha, rawatib dan sebagainya..... kadang2 dilupakan juga.. apakan daya seorang manusia yang sentiasa mengejar duniawi.. kadang-kala dia lupa untuk mengejar akhirat yang kekal abadi... cubaan demi cubaan dilakukan bagi mendekatkan diri kepadaNya, namun hati yang masih mentah ini lebih dikuasai noda2 iblis... maluku pada Allah tidak dpt digambarkan dikala mengingatiNya dan memohon bantuanNya hanya pada saat2 getir dan susah... Ya Allah... ampuni segala dosa2ku...
Aku juga bukanlah seorang yang sangat kuat dan cekal yang tidak meninggalkan puasa2 sunat.. puasa sunat isnin khamis pun tidak terbuat.... keinginan untuk berubah itu ada... tetapi ia mengambil masa yang lama...
Hati dan mata tidak mendengar kata... hati sntiasa dikotori dengan perkara2 yang lagha dan tidak membawa faedah...mata sentiasa melihat perkara2 yang Allah larang.. kenapa terasa begitu payah sekali menjaga pandangan dari melihat yang ajnabi dan laranganNya..hati tidak dijaga sentiasa bertompok perasaan yang tidak sepatutnya, perkara2 lagha lagi memudharatkan. telah kucuba berkali-kali. namun masih aku tewas... dikala ini, diri ini sangat memerlukan seorang yang mampu menyedarkanku dari lamunan dan memimpinku untuk ke pangkal jalan...
ingin kunasihati kawan2 yang ingin berubah menjadi lebih baik, sentiasalah bersama org2 yang mampu menegur kita untuk kesilapan yang kita lakukan, sedarkan kita dari lamunan dan lagha2 dunia, bimbing kita ke arah jalan yang benar, nasihati kita dengan perkara2 mulia... mohon ampun dariNya, moga2 terbuka pintu hati untuk istikamah berada di jalanNya..
akak.. followlah saya.. (",)
ReplyDeletehttp://frozz-hitzy.blogspot.com/