Saturday 14 July 2012

~Ingin^Berubah~

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~


Aku... seorang hamba Allah.. yang masih mencari sinar hidayah yang datang mengubah hidupku ke arah yang lebih baik...

Keinginginan untuk menjadi ahli syurga mengajarku untuk berusaha mencari jalanNya. tapi aku hanya insan biasa... yang lemah.. yang mengikut kemahuan dan nafsu semata... yang sentiasa terpesong dan memerelukan petunjuk dariNya.

Manusia dan iman.. hmm tidak setia. iman manusia sentiasa menaik dan menurun. aku bukanlah seperti malaikat atau rasul2 yang imannya sentiasa meningkat.. aku hanya seorang manusia yang ingin merasa kemanisan iman.. diri ini masih mencuba... selangkah demi selangkah menuju ke jalanNya. tp dinoda syaitan sentiasa..

Solat. tiang agama.. telah kuusaha berkali-kali mencari khusyuk dalam solat. memahami maksud ayat2 yang kubaca. namun, lalai juga yang kutemui.. sedaya upaya tidak kumahu meniggalkan solat, namun kadang kala terlepas juga waktu subuhku.




Aurat.. masih kucuba sedaya upaya menjaganya.. menutup bahagian yang wajib. tapi, kakiku bagaikan kulupa ianya juga aurat.. tidak juga kuberstoking dikala keluar atau bersama yang bukan mahram... sangat teringin utk menjadi seperti kawan2 diluar yang bertudung labuh, mengenakan pakaian yang tidak ketat dan jarang... namun aku masih belum kuat untuk itu.. bagi rakan2 yang sudah bertudung labuh maupun yang berpurdah, tahniah! anda sangat kuat! mohon doanya moga2 Allah memberi hidayah kepada hati kecil ini untuk beubah ke arah yang lebih baik....



amalan wajib setiap hari yakni membaca kalamullah, ma'thurat, zikir2 harian, solat tahajjud, tasbih, hajat, taubat, istikharah, dhuha, rawatib dan sebagainya..... kadang2 dilupakan juga.. apakan daya seorang manusia yang sentiasa mengejar duniawi.. kadang-kala dia lupa untuk mengejar akhirat yang kekal abadi... cubaan demi cubaan dilakukan bagi mendekatkan diri kepadaNya, namun hati yang masih mentah ini lebih dikuasai noda2 iblis... maluku pada Allah tidak dpt digambarkan dikala mengingatiNya dan memohon bantuanNya hanya pada saat2 getir dan susah... Ya Allah... ampuni segala dosa2ku...

Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan seorang sahabat yang sentiasa ada  dikala aku memerlukan nasihat2 murninya dan dikala kuingin meluahkan perkara2 yang belum tentu org lain mampu mendengar... yang menghadiahkan sebuah AL-MA'THURAT yang kurang kukenal pada dulunya..moga Allah merahmatinya...

Aku juga bukanlah seorang yang sangat kuat dan cekal yang tidak meninggalkan puasa2 sunat.. puasa sunat isnin khamis pun tidak terbuat.... keinginan untuk berubah itu ada... tetapi ia mengambil masa yang lama...

Namun, dengan semua kekurangan yang ada, masih lagi hati kecil ini mengharapkan jodoh yang diteapkanNya ialah seorang yang soleh.. yang boleh memimpin tangan ini kejalan Allah dan hingga kesyurga Jannah... layakkah aku?? Allah kata perempuan yang baik utk lelaki yg baik.. lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.. maka, berusahalah menjadi baik jika inginkan yang baik...

Hati dan mata tidak mendengar kata... hati sntiasa dikotori dengan perkara2 yang lagha dan tidak membawa faedah...mata sentiasa melihat perkara2 yang Allah larang.. kenapa terasa begitu payah sekali menjaga pandangan dari melihat yang ajnabi dan laranganNya..hati tidak dijaga sentiasa bertompok perasaan yang tidak sepatutnya, perkara2 lagha lagi memudharatkan. telah kucuba berkali-kali. namun masih aku tewas... dikala ini, diri ini sangat memerlukan seorang yang mampu menyedarkanku dari lamunan dan memimpinku untuk ke pangkal jalan...



ingin kunasihati kawan2 yang ingin berubah menjadi lebih baik, sentiasalah bersama org2 yang mampu menegur kita untuk kesilapan yang kita lakukan, sedarkan kita dari lamunan dan lagha2 dunia, bimbing kita ke arah jalan yang benar, nasihati kita dengan perkara2 mulia... mohon ampun dariNya, moga2 terbuka pintu hati untuk istikamah berada di jalanNya..


Tuesday 12 June 2012

~Pesanan^Buat^Sayangku~

sayangku...
buat peringatan bersama...
aku bukan mahu riak atau menunjuk2....
bukan juga hipokrit seperti yang kau gambarkan...
aku cuma mahu selamatkan diriku...
dan dirimu jua...
dari panas api neraka...
kenapa??? kerana kusayangkan mu....

sayangku...
belajarlah memahamiku...
ku tidak biasa dengan caramu...
kutahu kau juga begitu...
cara hidup kita berbeda...
kita dari keluarga yang lain...
kau dibesarkan dengan cara yang lain...
aku dengan cara yang lain...
tapi yang dilarang tetap dilarang...
yang disuruh tetap disuruh...

sayangku...
tidakkah kau tahu meninggalkan solat itu dosa...
solat itu tiang agama sayangku....
solatmu yang akan ditanya yang paling dahulu ketika matimu...
tidak salahlah sekiranya kau menjaganya sebaiknya...
supaya ia menemanimu kala di alam barzakh nanti...
menjadi cahaya quburmu...

sekiranya perbuatan2 lagha kita ikuti...
tebus semula dengan solatmu sayang...
mohon ampun dari Tuhan...
kerana di kala itulah kita paling dekat denganNya..

dikala azan sedang berkumandang...
kau mula menapak ke katilmu lalu tidur...
apakah itu??
itulah hasutan syaitan yang mahu menyesatkanmu...
yang mahu kau menjadi temannya di neraka jahannam...
mahukah kau menjadi temannya???

tidur dikala azan diperdengarkan ialah
tidur yang diselimut kulit khinzir sayangku....
disaat itulah segala kenikmatan seperti dapat dikecapi...
bukan ku tak pernah merasainya... aku juga sepertimu...
sentiasa dibisik iblis disuruh tinggalkan suruhanNya...
imanmu harus kuat sayangku....
ingatkan dirimu sendiri...
tiada sesiapa yang dapat membantumu...

jika yang lain kau usaha untuk mendapatkannya...
begitu juga mendapatkan kemanisan iman...
hendak seribu daya, x hendak seribu dalih...

Monday 21 May 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

zmn sekarang ni mmg ssh sgt nk dgr remaja yg x 'couple'. majority suma dh ada pasangan masing2. especially amongs students la kn. mmg lumrah la kan. manusia mmg ada perasaan mcm tu. mahu dimiliki dan memiliki.. ada juga yang xda pasangan lagi.. even then, still they admire someone. orang yang korang couple tu pn blum tntu jadi pasangan korang kan. kpd pasangan2 yang happy, alhamdulillah.. moga hubungan anda tu Allah rstu dgn barakah.. tp bagi pasangan2 yang gaduh selalu, dingin, kecil hati dengan pasangan,  marah, merajuk dan apa2 pn la kn, korang mesti rasa nk merawat hati kn.. yang duk admire orang tp xda pasangan pn, instead of angau or teringatkan orang tu, lbh baik kita ikut syariat Islam, meh kita jaga hati.. :D


here are some steps untuk merawat penyakit hati.. i copied from iluvislam.com

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

SMILE GUYS! MAY ALLAH BLESS =)

Monday 14 May 2012

:: An^Awesome^Weekend~

Alhamdulillah.. mggu ni blk rmh.. adik aku tgh cuti, so time ni la nk reallly spent time dgn family.. thus, xkn duk umh ja kn. alang2 dh suma org duk ada, jom kita p mkn. heeee. ok on da 1st day of hari makan, we went to pizza hut!






okey these are all my family members yg tgh lapaq duk tggu pizza smpai.. opppss.... the pics of pizzas are not available... mn blh tgk apa km mkn.. hee






on the next day, alhamdulillah dengan rezeki yang lebih sikit, setelah lama dh kempunan, huhu.... Kenny Rogers Roasters menjadi pilihan... and this is on me.... ngeee






















 silalah jelez.. hehe. the intention is not to show off.. tp juz for sharing klau2 ada sapa2 yg teringin nk p mkn, p la.. jgn tggu lama2. nnt kempunan. btw, sorry coz there are some pics that are a lil bit blurr.. alhamdulillah.. bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. walaupun x banyak sekarang, moga2 akan lebih baik di masa hadapan. =)

Thursday 10 May 2012

~Kawan2^UUM^Saya~

Kawan2 la org yg plg dkt ngn kita bila kita duk jauh dr fmly kn.. korg pn msti ada kwn2 yg sgt2 rapat.. yg dh boleh anggap mcm family kn.. so kat UUM ni, ramai kwn2 ak yg Alhamdulillah sgt baik yg sntiasa ada di sisi dikala ssh dan sng. they are:-
MY COURSEMATE

Yang paling kiri sebelah depan tu nama dy Izyana Ishak. Dy budak Perlis... kami pggil dy Yana saja. seorang yg sgt happy go lucky n suka gelak. huhu. tepi dy tu Siti Ruqayyah.. seorg yg baik hati tp sgt aktif smpai x dan nk jumpa. pggil dy siti ok. next is Anis Nadia Naim. asal Kedah n dy ni pn baik jgk.. tepi dy tu Siti Nabihah.. haaa yg ni suka duk hasut orang utk buat baik n jahat. hahaha... tp sifat dy yg mcm tu la byk bg km idea bernas utk mcm2... dr kiri belah atas tu nama dy Husna Imana Zaaba.    dy baik hati jugak.. asal pokok sena kedah.. deorg ni suma slalu sntiasa bersama ak. hehe ssh ka sng ka.. p kls ka x p kls ka slalu duk skali laa kn... hehe. tepi dy tu Nur Laila asal johor.. juga sgt baik hati sbb dy hadiahkan aku sapu tgn dy waktu aku termuntah atas bus hr tu.. hahaha. ats tu yg duk tepi ceq tu Nor Liyana Sulaiman..asal KL. tu rumet sy yg mmg x pernah lekang sbb p mn suma skali, buat apa smua skali.. nama pggilan dy sgt laa comey. Bulaci nama pilihan yg diberi. tepi yg hujung tu Nur Amira Deraman asal terengganu. yg ni byk tolong bg nasihat, tolong ubah aku jd manusia yg lbh baik... sgt baik hati jugak...


THANKS GUYS SBB SENTIASA ADA NGN SAYA, SGGUP TERIMA LEBIH DAN KURANG SY, MENERIMA SEGALA PERBUATAN SAYA, MEMBANTU SAYA DAN SEGALA2NYA. MOGA2 ALLAH MEMBERKATI KALIAN DAN MEMBERKATI HUBUNGAN KITA DUNIA AKHIRAT.
SAYANG AMPA LILLAH.....



okey these are all my floormates.. ainza, mek, bella ni xsama kos ngn kami.. kami beramah mesra masa duk kat aras 5 blok F DPP SME BANK. tp lani ada dh yg pindah bilik.. duk aras bwh, x penat sgt nk panjat.. ainza tu rumet ngn yana.. dy baik hati, asal pahang.. mek tu nma dy liyana gak. memandangkan byk liyana, so sorang kena pggil mek, sorg lagi bulaci. mek ni rumet anis dan asal kedah gak. bella ni nma sebenar dy Fatin Nabela Mansor. nk glamor suh pggil bella. baik hati jugk asal langgaq, kedah. depa ni la peneman mkn, tdoq, bercerita masa sem 1,2 kat cni... slalu bersama2. may Allah bless our relationship till Jannah... :D

Tuesday 8 May 2012

~Rezeki^Hari^Ni~

JANGAN KATA X TAW.. REZEKI HR NI KFC OK!!



Alhamdulillah... x sangka bila diri tetiba teringin nk mkn KFC, ada pula insan2 yg terasa benda yg sama... untunglaa ada kwn yg ada keta, boleh nk p bli KFC ikut suka masa. alang2 tu bli la kat orang sama naa...



ZINGER DULUXE
OKEY TOLONG JGN JELEZ..




tima kaseh kpd kwn2 yg tolong blikn utk sy... :D

~First^Entry^of^Mine~

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
::ASSALAMUALAIKUM::

As this is my first time posting an entry, lemme introduce me to ma FAMILY!!! Heee~ Suma org msti ada family kan, Alhamdulillah aku bersyukur sgt2 dilahirkan dalam sebuah family yg sederhana... walaupun x kaya mcm org lain, tp ksh syg tu yg pntg.. ok tamaw ckp byk2, juz wanna show u guys this is my family.
*MY HAPPY FAMILY TREE :D

The one on ur left is my handsome dad yg sntiasa rasakn dirinya muda and hensem. haha.. Mr. Fareedudin bin Mohamed Ariff. Next is my soul, life n love.. the only mama!!!! Mrs.Bibi Sabariah Binti Baharom. seorang yg sgt penyabar dgn sikap anak2nya yg uhuk2... hee, beliau juga tmpt utk ak meluakan SEMUA perasaan ak. x kira pasai apa pn, suma msti nk cita kat mama. nk buat papa pn msti nk consult mama dulu. and...and...and... for me la kn, my mum's cooking mmg xdak sapa boleh lawan.. u bet, msti kalah!! n these both parents has raised their kids with ksh syg yg sgt2 byk, didikan agama yg boleh dikira baik laa, education yg sgt dititikberatkan and manners walaupun ank2 dy x ikut pn.. huuuu

The  one in green is myself.. pls be noted :D  *Cik Nadirah Binti Fareedudin. till studying in UUM, Sintok, Kedah, Malaysia. I'm taking Bachelor of International Business Management(Hons) and the one from ur right is my adik yg sgt comey, cantik, pandai, notty, teman gaduh, teman gedik, teman luah hati, buah hati, musuh and my only sibling yg sy syg sgt2 tahap tggi dr KLCC.. huu. She is a loyal student of UTP Teronoh, Perak. Taking foundation in Business Infomation System and this is her final semester for her foundation~

For now rsanya ckuplah setakat tu ye.. c ya next entry. :*   MUAHHHXXX!!!!!!